Skip to content

Selamat menempuh alam baru, teman..

June 1, 2008

“Kumpang dipalu..pengantin baru..”

 

Cepat sungguh masa berlalu, seperti baru semalam aku mengenali gadis tinggi lampai kelahiran Kuala Krai, Kelantan itu. Kami ditemukan dalam salah satu kelas tutorial semasa di tahun 1 dulu (2004), kebetulan pula kami diminta membentuk kumpulan dalam perjumpaan pertama itu & Farah merupakan salah seorang dari ahli kumpulanku.

 

“Cantik… Tapi macam sombong je… Mesti susah nak dekat ni…”, begini desir hati kecilku pertama kali melihatnya. Setelah sekian lama mengenalinya, kuceritakan kembali padanya perasaan itu. Farah cuma tertawa mendengarnya lalu menjelaskan situasinya ketika itu yang agak terburu-buru keluar setelah tamat waktu tutorial hari pertama itu sehingga tidak sempat berkenal-kenalan dengan kami selaku ahli kumpulannya. Sangkaanku itu sebenarnya sangat jauh meleset, terlalu jauh. Farah rupanya gadis yang sangat peramah, sangat prihatin… Dan ada ketikanya sangat manja. Yang paling best sekali, tahap ‘kegilaannya’ sama denganku. Hahhaaa…

“Macam ni la agaknya kalau lahir hari yg sama ni kan, kepala sama”, luah Farah dalam tawa kami pada suatu ketika. Kebetulan saja tarikh keputerian kami sama, hampir semua perwatakan kami serupa. Bezanya Farah itu sangat cantik orangnya, hingga pernah pada suatu ketika dia tercungap2 lari masuk ke bilik asrama kami.

 

“Kenapa?!”, soalku cemas. Tanpa terus menjawab soalanku, dia terus meluru ke tingkap mengintai sesuatu. Aku turut sama mengintai, pelik.

 

“Ada sorg pak arab ikut Farah”, katanya sambil tercungap. Tanpa ragu + was2, aku menderaikan tawa sambil farah terus menceritakan pengalamannya diekori pak arab itu.

 

“Tu la, cantik sangat. Manalah pak arab tu x kejar”, celaku dalam tawa yang masih bersisa. Mujur Farah x kecik hati, sememangnya dia bukan jenis yang cepat ambik hati.

 

“Farah pernah accident dulu sampai berjahit kat kepala. Lama juga la Farah duk hospital. Peristiwa tu berlaku sebulan sebelum kita masuk USM. Mungkin sebab tu la Farah ni tak betul sikit”. Hahhaaa…

 

Bersembang dengannya memang tak kering gusi. Kena pula dengan aku, dunia ni macam kami berdua je duduk. Ada saja yg mengundang tawa.

 

Kami pernah membuat rakaman pada bulan puasa 2 tahun yang lepas, aku la jurukameranya. Aku memang pantang dapat kamera, payah nak lepas. Kebetulan Eton (salah sorg lagi teman sebilik kami) membawa macam2 jenis mercun sekembalinya dari kampung.

 

“Pakcik aku seludup dari Thailand”, jelas Eton berseloroh bila kami ajukan soalan sumber mercun2 yang x pernah menampakkan diri depan mata kami tu. Seumur hidup, itulah kali pertama aku melihat sendiri banyaknya jenis mercun dengan macam2 bentuk, kaler & saiz. Dalam rakaman itu, Eton yang memegang watak selaku ‘inspektor’ yang mengetuai satu operasi rampasan mercun menjelaskan setiap jenis mercun yang dihidangkan depan mata kami. Aku yang memegang kamera x putus2 terkekeh ketawa. Farah selaku pembantu ‘inspektor’ eton turut sesekali mencela penjelasan eton. Allah..!!! Tiapkali menonton kembali rakaman itu, tawaku x pernah tawar. Rasanya seolah2 saat itu datang kembali.

 

‘Macam mana nt lepas Farah dah kawin ek? Mesti dah x boleh gila-gila macam ni kan”, aku cuma tersengih mendengar omelannya suatu ketika dahulu. Seperti suatu kehilangan rasanya. Pun begitu, aku tumpang bahagia di atas mahligai yang dibina. Aku tahu, Farah telah lama mengimpikan sebuah keluarga yang benar-benar dapat menerima dan menyayanginya. Masih terngiang lagi esak kecil yang Farah tahan sewaktu menceritakan mengenai keluarganya. Aku benar2 simpati dengannya, dalam masa yang sama rasa syukur yang amat atas keluarga bahagia yang Allah kurniakan dalam hidupku.

 

 

Telah hampir 5 bulan aku tak bertemu dengan Farah, sejak kami memulakan tempoh praktikal kami di sekolah yang berasingan. Malah sejak dia bertunang pada 9 Februari 2008 yang lalu aku belum berkesempatan bertemu dengannya. Dan pada hari ini 31 Mei 2008, temanku itu akan diijab kabulkan dengan pilihan hatinya. Farah akan melangkah ke dunia baru, dunia yang pastinya akan membuatkan dia lebih dewasa.

Buat sahabatku Farrah dan pasangannya Firdaus, selamat pengantin baru… Semoga Allah memberkati kalian dan melimpahkan berkat kepada kalian dan menghimpunkan kalian berdua di dalam kebaikan. Amin…

 

Aku bila plak? Hohooo..Akan kucanangkan ke seantero dunia ni kalau sampai turn aku nanti. bak kata sorng teman, kitorg ni kawin kena ikut ketinggian. Aku pon xtau mana dia dpt teori tu. Klu ikut teori auta dia tu, pas Farah aku plak la menyusul tapi menurut ramalan ‘bomoh’ kitorg, kwn ktorg hok paling rendah kawin dulu nanti. Hehehe.. Wallahu’alam..

3 Comments leave one →
  1. hatimerdeka permalink
    June 3, 2008 11:15 am

    seronok tgk kawan2 naik pelamin…fikir2 balik lambat lg sih…bukan hnya cinta tapi komitmen dlm percintaan itu plg penting,disamping hal2 sampingan yg perlu sbg pengukuhan didalam berkeluarga..tapi yakinlah bila datang seru utk itu nescaya akan terbuka pintu rezki kamu.

  2. qurratulaini permalink
    June 5, 2008 2:10 pm

    siapa kita utk menguasai jiwa & rasa, hati & perasaan. sekadar mampu berharap moga kasih x tertumpah sebelum diri benar2 bersedia..

  3. serikandi permalink
    October 23, 2008 9:46 pm

    alhamdulillah,,,huhu nk nangis rsnya bila diingat kembali saat2 indah kta dlu kan…timekasih kerana sudi mencoretkan kisah perkenalan kita d ruangan ini,mak terharu nyah!!..act,fird yg terbuka blog ni,pas2 dia gtau frh,frh pun pe lagi,mlm 2 trus ikut fird p opis baca blog ni,hikhikhik…alhamdulilllah,khdupn frh skang teratur,syukur sgt2 sbb dkurniakan suami/sahabat yg mmg sekepala,mcm kita dlu2 jgk,hehe..insyallah,setiap insan sdh dtetapkan jdhnya,cma cpt @lmbt je,frh doakan lumet2ku akan dikurniakan suami yg soleh utk mbimbing kalian d dunia dan akhirat,aminn…i love u 4everr…


    subhanalLah..!!! pnyer nk nyorok terjumpa jg yer. hehheee… sampaikn berbakul2 tengkiu kita kt suami frh. mmg ada org search nama dia smpi terjumpa ruang ni. trtnya2 jg, rpnya mmg dia sdri yg search. heheheee…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: