Skip to content

“Gimana kok caranya..?”

June 1, 2008

“Kak, nak tau x.. Semalam… Peah (bukan nama sebenar), tak nak lepas plak. Meon pun bengong. Tak tahu lah… Kadang-kadang nak, kadang-kadang tak nak. Apa maknanya tu? Meon kalau boleh tak nak lagi fikir-fikir. Nak settle cara ok je”, topik ini adalah kesinambungan kepada perbualan kami mengenai perpisahannya dengan sang kekasih lantaran kehadiran orang ketiga.

 

“Kadang-kadang nak, kadang-kadang tak nak plak?” soalku cuba menyelami apa sebenarnya yang bersarang di lubuk hati anak muda itu.

 

“Hari tu suruh meon tinggalkan. Lepas tu bila meon ada kekuatan nak pasrah cara baik, dia plak berat nak lepaskan. Pening-pening…”

 

“Berpegang pada apa yang diyakini. Mudah je tu. Jangan fikir yang susah”, kesian juga pada dia, dalam kecelaruan memerah otak untuk menghadapi peperiksaannya, ujian ini yang datang ‘berziarah’. Begitulah Allah akan sentiasa menguji hamba-hambaNya yang mengaku beriman. Bagaimana mungkin iman itu diikhtiraf tanpa ujian.

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (At Taubah: 16)

 

“Ok, meon macam ni kak. Meon kalau boleh tak nak fikir-fikir lagi bab ni. Banyak sebabnya. Salah satunya tak nak siapa-siapa bermasalah dan sakit hati. Kedua rasa macam tak ada apa-apa cinta ni. Maknanya tak nampak isi. Faham tak? Yang pastinya kerana Yang Maha Esa”,

 

“Akak faham… Sangat faham. Ok, berpegang pada yang tu. Jangan goyah dik”, aku menarik nafas lega mengetahui ini sebenarnya yang memberat di dadanya.

 

“Meon jadi serba salah bila dia macam tu. Sebab lelaki yang dia kawan tu suruh balik kepada meon. Meon dah tawar hati.”

 

“Aaahh!! Biarkan je”, aku sedikit bertegas. Nak jadi hero pun kena bertempat, bentakku dalam hati. Kalau saja si meon ini bukan anak asuhan sekolah agama yang dididik dan diasuh dengan ketegasan dalam kelembutan didikan alQuran tentu saja aku perlu menjelaskan panjang lebar walaupun aku sebenarnya tiada ‘lesen @ permit’ untuk bertindak sebegitu.

 

“Cuma rasa serba salah je”

 

“Nak jaga hati orang ke nak redha Allah? Pilih!” aku tahu rasa hatinya sekarang, benar-benar tahu. Ketegasan perlu ditiupkan dalam rongga-rongga kekuatannya yang sebenarnya masih rapuh, apalagi berdepan dengan rayuan sang hawa. Ahh..!! Pantas saja Rasulullah saw mengingatkan bahawa hawa itu akan menjadi fitnah paling besar setelah kewafatan baginda nanti. Dan begitu Baginda yang mulia memberi amaran, alQuran & sunnah yang ditinggalkan perlu dijadikan perisai untuk menjaga pakaian taqwa itu dari dirobek-robek oleh sang hawa.

“Iya iya meon tahu kak. Yang meon maksudkan macam mana cara terbaik tak nak siapa-siapa sakit hati. Sebab tu meon cakap nak settle cara baik. Tengah fikir ni. Hari tu dah hampir-hampir berjaya, tiba-tiba dia pula berat. Adusss… Meon pun tak tahu macam mana peah boleh berubah sebab dia memang ok sangat. Meon kenal dia. Meon berkenan pun sebab akhlak dia, bukan sebab lain”

 

“Keputusan di tangan meon sekarang”,

 

“Meon nak buat cara paling baik pisah ni”, katanya.

 

“Ok macam ni. Meon terangkan pada dia letak duduknya perasaan meon sekarang kat dia. Lepas tu terangkan juga letak duduknya cinta sebegitu di mata Allah. InsyaalLah dia akan dapat terima dengan iman yang ada”, aku yakin peah akan dapat menerimanya kerana dia sendiri mendewasa dengan didikan agama yang kuat seperti meon.

 

“Harap-harap macam tu la”, begini meon menyimpan harapan pada suatu jalan yang telah dipilih dan bakal dilalui. Duri kiri kanan sebab tu sangat perlu berhati-hati.

 

Teringat pesan ustaz tika situasi sama yang menghimpitku dulu aku ajukan padanya.

“Insyaallah kalau dia rasional dia akan terima… Yakinkan dia tentang qada’ dan qadar. Kalau mengaku beriman pada Allah mesti terima… Kalau tak mampu face to face, surat lebih baik sebab dia akan lebih beri tumpuan. Tapi tulis dengan bahasa yang paling halus dan lembut lagi berhikmah. Ketuk lah hati dia… InsyaalLah cikgu akan temui jalan keluar. Flow bercerita akan terganggu bila berdepan. Lebih baik menulis… Luahkan segala-galanya… Kalau niat benar-benar ikhlas, sy yakin dia akan menerima sekalipun pahit! Kena bersangka baik pada Allah… Saya doa untuk  setiap kebaikan… Mintak Allah lembutkan hati dia menerima apa yang cikgu nak luahkan nanti”

 

“Saya takut lukakan hati dia nanti, ustaz. Esok-esok kena balik dengan kita kan” inilah yang kurasa, persis perasaan yang dialami oleh meon kini.

 

“Kalau tulisan tu baik dan sopan, tak dak hati yang akan terluka. Kita berbalik pada NIAT. Yang baik akan dibalas baik, yang buruk pasti akan dibalas buruk. Cikgu memilih jalan baik… Betulkan niat. InsyaalLah takkan ada hati yang terluka… Sedih tu adat la… Tapi lunakkan hati dia dengan kata-kata yang baik…” tika ustaz menuturkan semua ini seolah-olah ada udara segar menerobos masuk melalui kerongkong lalu memenuhi setiap salur darahku yang sebelum ini tersumbat dek udara berdebu yang menyesakkan.

 

Moga Meon & Peah ketemu cinta yang sejati, bukan cinta yang banyak berteka-teki..

 

4 Comments leave one →
  1. June 3, 2008 12:55 am

    ish.ish.ish..mcam gitu kok crtanya..waduh waduh…apa apa in bikin susah,pokoknya cinta ilahi tu kan lebih baik mas.

  2. qurratulaini permalink
    June 3, 2008 8:09 am

    iyah!gue juga setuju sih!cinta Ilahi itu jauh lebih nikmat, makanya jgn mendamba cinta makhluk semata2 tnpa cnta Ilahi itu sbg dasarnya. sama2 kita ngeduain sama ini anak, moga dia ikhlas menyerah cintanya pada Ilahi ^_^

  3. hatimerdeka permalink
    June 3, 2008 11:10 am

    cinta seperti fatarmorgana…jauh spt ada bila didekati hilang pula..cinta datang tanpa dipaksa,semakin mencari semakin tiada,ia datang tiba2 bila berjumpa,belai dan sentuhlah dlm kerendahan jiwa bertiang taqwa..nescaya kau dapati ia lebih manis dr madu lebih sejuk dr ais batu…

  4. qurratulaini permalink
    June 5, 2008 2:12 pm

    “lebih manis dari madu lebih sejuk dari ais batu..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: