Skip to content

Sesekali bertemu..

May 26, 2008

Entah la nk taip apa dalam entri kali ni. Rasa kekeringan idea pulak. Ada ketikanya idea datang mencurah-curah tapi kali ini aku… Ahh..! Virus mana pulak la tetiba menyerang ‘hard disk’ku kali ini. Berat… Berat… Ermm… Apa kata kalau aku ceritakan antara topik perbincanganku dgn teman baik beberapa hari yg lepas? Macam2 yang kitorang kongsikan, perihal pengalaman mengajar tentunya. Tp topik yang paling menuntut kami berfikir adalah mengenai pasangan. Topik ni tetiba keluar bila menyentuh mengenai teman2 yang masing2 dah bergelar isteri, bakal isteri (termasuk la teman sebilik kesayangan kami sorang tu) malah ada yg dah bergelar ibu. Maklumla semua dah berjaya menamatkan perjuangan selama 4 tahun di kampus yang banyak menyaksikan jerih perit perjuangan (byk main je sbrnya. Hehhee..)

‘Aku pun pelik juga sebenarnya, nak kata kita ni tak cntik aku rasa kita cantik lagi (optimis la katakan.. Ni baru betul perasan dalam perasaan. Hihiii..). Nak kata tak bergaul sangat ngan orang, aku rasa tak juga sebab ramai je kawan2 lelaki yg baik ngan kita (terbayang wajah teman2 sekuliah yg masing2 punya ‘trademark’ tersendiri. Kelakar pon ada. Bukan tak ada yang mencuba nasib mengusik hati tapi semua kucantas lembut sebelum sempat perasaan itu bertunas dan merimbun.. Hehheee…). Ermm… Aku pon tak tahu la apa masalah kita ni. Pas ni nak tanya ustaz la’, tersembur tawaku saat itu bila mendengar ayat terakhir temanku. Terbayang reaksi ustaz kalau temanku nekad mengajukan ‘masalah’ itu, apalagi lepas mendengar struktur soalannya. Sepanjang perbualan aku letih menahan tawa, kelakar sungguh rasanya.

‘Kita terlalu memilih kut’, giliranku pula meluahkan pendapat.

‘Tapi memangla kena memilih’, xsmpt teman memberi respon, aku segera ‘membela’ poinku dan kami memang sependapat. Ikan kat pasar pun kena pilih yang elok2 ini kan pula pasangan hidup.

Ahh… Buat apala nak pening2 kepala, bukankah aku sdri jg yg memang amalkan dasar ‘pintu tertutup’ buat masa ni? Bukan apa, banyak lagi agenda hidup yang perlu kulaksanakan. Saat melakar impian bersama adik2 buat mak ayah suatu ketika dahulu masih segar dalam ingatan. Kalau adik tak pernah lupa & dah mula melaksanakan impian2 kami itu takkan la aku pula buat2 lupa ingatan, zolim tu namanya!! Ini juga la yang membuatkan kakiku berat untuk terus melangkah walaupun hati kuat mendesak meneruskan langkah. Kalau saja kuajukan soal ini pada adik, aku yakin dia akan mengizinkn tapi… Macam mana kalau usiaku tak panjang menunaikan janji2 itu? Macam mana kalau mak ayah pergi dulu sebelum sempat kutunaikan impian2 itu? Apapun, aku dah nekad!! Mak ayah dan janji bersama adik2 akan tetap menduduki senarai teratas. Pun begitu, aku akan akur pada perancangan-Nya. Bak kata ustaz, kita cuma mentadbir, Allah jua yang mentaqdir.

Seronoknya zaman kanak2 dulu, takde pun kena beratkan kepala memikirkan persoalan2 sebegini. DORAEMON…!!! Bawa aku ke zaman itu!!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: