Skip to content

Alahai bubur kacang

May 26, 2008

Dah masuk 3 minggu aku kemaruk makan bubur kacang. Minggu pertama bubur kacang saja. Masuk minggu kedua, kacang + jagung + durian (giler sedapnyer!). Dan hari ni, kacang + sagu. Hermm.. Aku pun pelik gak ngan selera aku 2,3 menjak ni.

“Elok la tu makan bubur kacang jer, beras pun dah naik harga”, aku hanya mampu tertawa kecil mendengar omelan kak wawa sebaik mengetahui aku masak bubur kacang, lagi!. Bukan sekadar pencuci mulut tapi dh naik taraf jadi menu utamaku di meja makan. Teman2 serumah cuma mampu geleng kepala melihat ‘kegilaan’ku kali ini. Kalau kali pertama masak dulu banyak juga la diorg makan, tp bila tiap2 ari diorg naik jemu. Aku pun sbnrnya dah naik letih melayan selera pelikku ini. Tapi sehari x makan xpe lg, masuk hari kedua dah rasa lain. Nasi pun x lalu sgt nk makan klu x pekena bubur kcang dulu.

“Mak, sy sekarang ni tengah kemaruk makan bubur kacang. Seperiuk tu 2 hari je sy habiskan. Kakak2 yang lain makan semangkuk je tu pun smpi 3-4 hari nak habiskan, makan sikit2 masuk dalam peti. Semangkuk diorg tu tak sempat habis lagi sy dah masak bubur lain pula”, aduanku disambut tawa besar mak. Hehheee… Apa nak buat… Takut juga sebenarnya tiap2 hari makan makanan bersantan ni, bukan takut naik berat badan tapi takut mengundang penyakit.

“Masak apa pula tu?”, soal kak nik tengahari tadi. Aku cuma sengih sambil menunjukkan plastik pmbungkus kacang hijau yg kubeli kat pasar mini tadi.

“Agak2 laa..”, ‘trademark’ kak nik.

“Agak dah la ni kak nik”.

“Sy takde tenaga dah 2 hari x makan bubur kacang”, sambungku berseloroh disambut tawa ina yg waktu itu tengah leka membaca artikel.

“Bersungguh tu masak sampa dua dapur dio guno”, aku sekali lagi menjawab dengan sengihan mendengar bicara ina yg masih pekat kelantannya.

“Goh dio sa lg tu?” tambahnya.

“Sagu”

“Ohh.. Bunyi menarik tu!”, hehehee..

“Knp x empuk2 lagi ni kak nik? Dah tambah minyak dah tadi”,

“Ooh.. Keno tamboh minyok masok nk bagi cepa’ empuk ko?” ina mencela sebelum sempat kak nik menjawab soalanku.

“Ermm..! Tapi nak lagi cepat empuk jangan guna minyak masak (tika itu ina dah ready nak melepaskan tawanya sebab dia dah agak ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulutku), guna minyak tanah (JGN SESEKALI CUBA PETUA INI DI DAPUR ANDA!!)”, kak nik seperti biasa turut sama ketawa sebaik menyudahkan trademarknya ‘agak2 laa’ tu.

“Ore tuo2 oyak kalu nok lagi, wangi goreng dulu kace tu sampa naik bau pahtu masok mace biaso”, ina pula menurunkan satu lagi petua.

“Ok, nak try lepas ni pula”

InsyaalLah dalam seminggu dua lagi normal la balik seleraku ini. Lotih den melayan tekak yang satu ni (macam la orang lain ada banyak tekak. Hikhikkk…)

2 Comments leave one →
  1. hatimerdeka permalink
    May 29, 2008 11:22 pm

    hantu kacang …kacang tumis perisa kasih sayang

  2. qurratulaini permalink
    June 5, 2008 2:34 pm

    xpe la hantu kacang, jangan hantu raya..
    hihii

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: