Skip to content

“Saya bercita-cita…”

May 20, 2008

Hari pertama dia masuk ke klsku, aku da gabrah. Satu, sb aku x suka matematik, stu lagi sb dia garang. Huhuu.. Takut… Dgn tubuh yg tinggi dan sasa, ditambah dgn raut wajah yg sntiasa serius dia meminta kami perknlkn diri masing2 dan nyatakan cita2 bila da besar nanti. Sorg demi sorg berdiri. Sblm smpi giliranku, aku mula menyusun ayat, risau aytku tersangkut2, silap2 jd bahan tawa. Menyarungkan kemeja labuh warna putih dengan steteskop tergantung di leher.. Uuhh.. Bestnyer.. Dlm gabrah2 tu smpat gak la berangan. Drama2 bersiri cina yang sering disiarkan lewat petang sgt mempengaruhiku tika itu.

“Cita-cita saya adalah guru”, bukan sekali dua aku mendengar ayat yg sama dr mulut teman2.

“Huh! Cikgu x best langsung!”, getus hati kecilku. Mmg xpernah terbit walau sbesar anak kuman yg kurus kering pun minatku utk mnjadi cikgu.

“Saya bercita-cita untuk menjadi doktor”, chewah! Kembang kempis gak idung time ayat itu kulontarkan tanpa was-was bila tiba giliranku. Teman2 yg lain snyap, xde satu suara pun yg brni memberi komen. Maklum la, dgn cikgu Zul semua mcm ‘tikus basah’ (st perumpamaan slps dialih bhskn dr bhsku yg mbw mksd pgcut).

“Doktor?!”, cikgu Zul seperti tidak percaya. Mgkn sb kwsn tmpt tglku yg agk terpncil mbuatkn cikguku itu seakan x pcya aku myimpan cita2 yg tinggi. Dlm diam skli lg aku brasa ckup bangga. Mmg prsn giler la time tu.

Aku sekadar angguk penuh yakin menjawab soalannya.

“Cuba kamu berdiri skli lg”, arah cikgu Zul, lantas aku pun mnurut spt yg diperintahkn. Hati dah mula rasa xsdp. Xkn sb nk jadi doktor aku kena berdiri plk. Ni x adil!

“Doktor ni orgnya kena tinggi. Kalau x ckup tinggi mcm mn kamu mau rawat pesakit. Naik atas kerusi? Ermm.. x blh..”, bergegar st kls dgn suara gelak teman2ku sebaik shj cikgu Zul menghabiskan ayatnya. Malunya aku time tu Tuhan je yg tau.

“Ye la saya x ckup tinggi! Dah besar nt saya tinggi la!!”, mau saja kubls kata2 cikgu Zul tika itu. Tp apa yg mampu kulakukn cuma tersenyum pahit. Peristiwa itu smpi skg msh segar dlm ingatanku. Da besar ni, bila kukenang balik sbnrnya bukan cikgu matematikku itu sengaja memperkecil2kn impianku cuma dia tahu sejauh mn kemampuanku. Matematik saja jrg skli lulus, ada hati nk jdi doktor. Hehehee…

Itu yg berlaku 12 tahun yg lalu. 7 tahun slps itu, peristiwa itu berulang kembali dlm lipatan sejarah hidupku. Cuma situasinya sedkit berbeza.

“Saya bercita2 nk jadi pengetua”, luahku jujur dlm pertemuan kami pelajar2 tingkatan 6 bersama pengetua (skg ni da arwah) apabila kami diminta menyatakan cita2 masing2. Zaman2 doktor tu aku dah tinggalkan sebaik mndapat kptsn PMR sb aku x lyk masuk aliran sains. Nk jadi doktor cinta blh la (mklum la, kt sek aku kerap menjadi rujukan teman2 rapat bila mnyentuh soal cintan cintun ni). Hahhaa… Sperti yg berlaku 7 thun sblm itu, skli lg aku dihadiahkan dgn gelak tawa rakan2 sblm smpt pgtua sekolah itu sdri memberi komen. Antara kata2nya yg msh kuingat:

“Pengetua ni kena jd cikgu dulu..”, byk lagi la yg disongehkan itu ini. Dlm ati aku da mmg x puas ati. Apa slhnya, cita2 tu kan hak peribadi. Kalau aku ckp aku nk jadi perdana menteri pun xde sapa blh hlg cuma aku x blh nk hlg diorg ktawakn aku tika itu. X th la apa yg lucu sgt. Lbh krg smggu gak la aku menerima sapaan sbg seorg ‘pengetua’ drpd teman2.

“Nanti boleh ganti tempat saya”, seakan satu pujukan dari pengetuaku itu semasa berkunjung ke rumah tuk kenduri sempena kepergianku melanjutkan pelajaran. Ayah yg duduk di sisinya tika itu cuma tersenyum, senyum yg mnyiratkn 1001 makna. Aku tau ayah bangga dgn ank sulungnya ini Cuma x pernah diluahkan dgn kata2.

Peristiwa2 itu meninggalkn parut dlm hatiku tp sbnrnya itu jg la yg menjadi kekuatanku. Dan skg, aku bangga dengan bidang yg kuceburi. Bidang yg pernah stu ketika dahulu kupandang rendah dan kuperlekehkan.

Guru…

Dalam ajarnya ada harapan

Dalam tegurnya ada doa

Dalam marahnya ada sayang

Dalam tawanya ada mesra

Dalam diamnya ada bijaksana

Dalam hatinya ada cinta

Dan dalam dirinya penuh iltizam

Selamat Hari Guru buat diriku jg buat semua cikgu2 seluruh dunia…!!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: