Skip to content

Pengacara?!!

May 12, 2008

Pernah suatu hari semasa aku masih dalam tempoh praktikalku, aku diminta menggantikan tugas sorg ustaz sebagai pengacara tuk acara pertandingan marhaban. Aku dah la xde pengalaman sbg pgacara, yg ‘best’ skli aku cuma dimaklumkan wktu petang sehari sblm pertandingan. Wktu dimaklumkan tu aku rs muka aku dah pucat, peluh dingin mula terasa.

‘Mati aku kali ni’, begini desir sang pengecut dalam diriku.

‘Eh, bukan sng nk dapat peluang mcm ni tau! Da nmnya pun bljr, kutipla sbrpa byk ilmu. Apalg bila peluang da ada dpn mata’, begini pula tukas sang pendekar dlm diriku (pantang melayu menyerah kalah. Chewah!).

‘Tp, kan esok nk balik USM…?’, sang pengecut masih cuba mempertahankn kepengecutannya.

‘Aish!! Blik la lpas mjlis. Klu xdpt balik mggu ni, balik la mggu dpn. Klu tolak peluang ni, mggu dpn xde dah’, sang pendekar membalas.

Boleh je sbnrnya kalau aku nk menolak tp terlalu sayang tuk dilepaskan. Bukannya takut berdepan dgn audien cuma x byk yg kutahu mengenai marhaban, maka itu aku krg keyakinan.

‘Cmna la aku nk hidupkan majlis…?’, keluhku risau.

‘Klu aku dimaklumkan semalam, smptla bt persiapan rapi, stdy skit psl mjlis yg nk diacarakan’, sambung sang pengecut.

‘Ah! Macam2 la alasan!! Kalau pengecut, pengecutla jg!’ pedasnya bisikan sang pendekar.

“Ok la kak… Tp kak kena tlg sy ek”, wajah penuh mgharap itu bertukar menjadi senyuman yg sgt manis bila kesediaan itu aku lafazkan. Kalau aku ditempatnya, psti itu jg yg kurasa tika hajatku disempurnakan. Teringat kata2 ustaz yg mengingatkan aku mgenai psn Rasulullah s.a.w, “sesiapa yg sempurnakan hajat saudaranya, Allah akan sempurnakan hajatnya”. Segera itu jg aku mdptkan tentatif pgrm jg sdkit latar blkg mngenai acara itu dari salah seorg lg ustazah.

Malamnya (smbil merancang apa yg nk dilakukan pd pg esoknya dlm acara tu nt), telefon mak kuhubungi. Bagiku, mak la sumber kekuatan. Kalau gembira, mak la org pertama yg kuhubungi tuk berkgsi tawa & rs senang. Kalau sdih, mak jg la org pertama yg mdgr esak tangisku. Kerisauan sbnrnya sukar kusembunyikan dalam nadaku tika itu. Tuk menutupnya, aduan pada mak kusampaikan dalam nada lawak. Lantaran kuatnya naluri seorg ibu, mak dpt mgesan kerisauan dan kebimbanganku. Pada ayah jg dirujukkn situasiku. Dgn ayah, mati pepijat (bkn mati kutu) aku tuk berckp. Begini… Begitu…, psn ayah tuk mghlgkn rs gemuruh. Ayah turut cdgkn tuk aku mghbgi slh sorg sepupuku mdptkn bantuan kerana dia punya pglmn yg bnyk dalam bab2 pengacaraan.

“Cikgu boleh buat… Sy doakan…”, lewat SMSnya ustaz mberi smgat.

Dengan kekuatan & doa semua, akhirnya aku berjaya menyempurnakan amanah yg diberikan (wpun sbnrnya ada ‘tergeliat’ skit. Maklum la, masih bertatih). Dan di sini, kutitipkan tips dunia pengacaraan tuk panduan bersama (kiriman org yg x kukenali tp sayangnya email ini cuma kuterima setelah menyempurnakan tugasku.). Moga sama2 mendapat manfaat…

Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai rujukan dan panduan para pembaca.

Panggilan Hormat

Panggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong – *DYMM Seri Paduka Baginda

(b) Raja Permaisuri Agong – DYMM Seri Paduka Baginda

(c) Raja Perlis – DYMM Tuanku

(d) Sultan Kedah – Ke Bawah DYMM Al-Sultan

(e) Sultanah Kedah – Ke Bawah DYMM Tuanku

(f) Sultan Selangor – DYMM Sultan

(g) Tengku Ampuan Selangor – DYMM Tengku Ampuan

(h) Yang Dipertuan Besar – DYMM Tuanku Negeri Sembilan

(i) Tunku Ampuan – DYMM Tuanku Negeri Sembilan

(j) Sultan Pahang – Ke Bawah DYMM Sultan

(k) Sultanah Pahang – DYMM Sultanah

(l) Sultan Terengganu – DYMM Sultan

(m) Tengku Ampuan Besar – DYMM Tengku Ampuan Terengganu

(n) Al-Sultan Kelantan – Ke Bawah DYMM Tuanku

(o) Raja Perempuan Kelantan – DYMM Tengku

(p) Sultan Johor – DYMM Baginda Sultan

(q) Sultanah Johor – DYMM Baginda Sultanah

(r) Paduka Seri Sultan Perak – DYMM Paduka Seri Sultan

(s) Raja Permaisuri Perak – DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan

(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang – Tuan Yang Terutama

(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang – Yang Amat Berbahagia

*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

(a) Perdana Menteri – Yang Amat Berhormat

(b) Isteri Perdana Menteri – Yang Amat Berbahagia

(c) Timbalan Perdana Menteri – Yang Amat Berhormat

(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri – Yang Amat Berbahagia

(e) Menteri Besar/Ketua Menteri – Yang Amat Berhormat

(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri – Yang Amat Berbahagia

(g) Menteri, Timbalan Menteri – Yang Berhormat

(h) Isteri Menteri dan Timbalan – Yang Berbahagia

(i) Tun/isteri – Yang Amat Berbahagia

(j) Tan Sri/isteri – Yang Berbahagia

(k) Datuk selain negeri Johor – Yang Berbahagia

(l) Dato’ dari negeri Johor – Yang Berhormat

(m) Raja/Tengku – Yang Mulia

(n) Isteri Raja/Tengku – Yang Berbahagia

(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri – Yang Berbahagia

(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia

(q) Ketua Hakim Negara – Yang Amat Arif

(r) Isteri Ketua Hakim Negara – Yang Amat Berbahagia

(s) Hakim Besar – Yang Arif

(t) Isteri Hakim Besar – Yang Berbahagia

(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi – Yang Arif

(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi – Yang Berbahagia

(w) Peguam Negara/isteri – Yang Berbahagia

(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri – Yang Berbahagia

(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri – Yang Berbahagia

(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri – Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Pantang Larang

Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.

Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.

Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.

One Comment leave one →
  1. kunamemi permalink
    October 29, 2009 11:07 pm

    ni ciplak orang punya…dah banyak saya baca dlm artikel lain. t.k


    klu anda baca semua tulisan ni, anda akan dapati sy mmg ada nyatakan mula2 lg bhwsanya tulisan ttg pengacara itu adalah intipati email yg pernh dikirimkn kpd sy…dan bukanlah niat sy utk mciplak hak tulisan siapa2 melainkn utk memnjangkan sbg pnduan bersama sb tu sy nyatakn awl2 lg.tq atas kprihatinan anda..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: