Skip to content

Bila Allah tidak memakbulkan doaku..

May 7, 2008

Elok je aku tinggalkan sekolah, student2ku pakat demam ramai2. Berjangkit satu kelas.

“Amirul Helmi demam, Yusof pn selesema, Shuib pn demam. Virus dari sy la ni. Cg tinggalkan terus ramai yg sakit. Virus ni dinamakan virus cikgu dan pembawa virus ni saya”, begitu Muhaimin membw khbar rakan2 sekelasnya yg lain disusuli dengan tawa dihjg ayatnya. Tersegih jg aku dibuatnya. Dalam pada tu ksian dengan stdent2 aku. Tu x cter lg stdnt2 prmpuan sb masa diorg dtg berkunjung ke rumah sehari sblm aku pndahkn semua brg2 dr kuarters guru mmg ramai jg yg x sht. Tp dalam x sht tu pun digagahkn jg kaki melangkah jmpa aku. Terharu sungguh dibuatnya. “Sakit2 ringan ni kifarah dosa2 kecik. Bukan Allah saja2 bg kt sakit, ada hikmahnya. Sb tu jgn merungut bila sakit”, peringatan lewat pesanan ringkas segera kuhantar pada nama2 yg disebutkn sebaik menerima perkhbaran itu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah: 216)

Teringat kembali saat mengetahui sekolah yg bakal menerima kunjunganku selama 15 minggu.

“Kawan2 semua dapat kt sana (satu demi satu nama teman2 baik meniti di bibir kususuli pula dengan daerah pilihan), padahal saya yg beriya pjuk diorg mtk sek sama2 kt sn. Alih2 sy kena campak kt sek tu (nama sek kusebut dengan perasaan geram, x puas ati dan segala mcm lg perasaan yg menyesakkn emosi tika itu). Sy x suka sek tu mak…”, berderai air mata sambil mengadu kt mak. Mmg frust sungguh masa tu. Bak kata ustaz, “normal la tu bersedih bila xdpt apa yg dihajati”. Mgkn sb aku terlalu mgharap, tu yg menonggeng frust nyer.

Kata org, x knl maka x cinta. Masuk mggu pertama je, rs cntaku pd sek n pljr2ku mula membibit. Sudahnya, setiap hari berlalu rasa terlalu cepat. Cemburu benar ia dengan kemesraanku dgn pljr2ku. Bkn msra sgt pun sb kt sek akula antara guru yg paling garang. Garang2 sayang sbnrnya. “Btulkn niat, cikgu”, ni antara peringatan yg slu mbuatkan aku ‘terjaga’ sepanjang ‘mencikgu’kn diri. Mklum la, pengajaranku selama 15 minggu tu akan dinilai. Jadinya, aku mgjar mcm biasa wpun pensyarah ada dlm kls smbil mncatit penilaian pengajaranku sb peringatan tu sentiasa terngiang di telinga. Nk dapat A tu senang je, bkn susah sgt pun berlakon. Tp nikmatnya tetap x sm dengan kepuasan hasil keikhlasan. Hasilnya, aku tersengih sorg2 bila membaca komen yg pensyarah bg – “Ada ketikanya pelatih sangat tegas tp ketegasan dalam senyuman itu adalah baik”. Dan skg, wpun result blm kuar aku mmg x mgharap dpt penilaian yg tggi dr psyrah sb spt yg kukatakan pada stdnt2ku, “Cg x ksh dpt gred apa pun dari psyrah cg sb cg da dpt pgikhtirafan yg tggi dari kamu semua”. Bgitulah akhirnya nikmat keikhlasan tu kurasai.

“Bila Allah cpt mgabulkan doamu, Dia sbnrnya sayang akan dirimu. Bila Allah lewat mengabulkan doamu, Dia sebenarnya ingin mengujimu. Tapi bila Allah tidak mengabulkan doamu, Dia sebenarnya merancang sesuatu yg lebih baik utk dirimu”, masyaAllah… Allah sbnrnya da merancang sesuatu yg lebih baik buatku. Bila kubandingkan sek teman2 terutama yg dpt mgajar kt daerah yg mnjadi pilihan persepakatan kami sgt jauh bezanya. Dlm erti kata lain, keselesaan lebih berpihak kpdku. Persekitaran yg membantu kelancaran perjalanan tempoh praktikal jg berpihak kpdku.

Tanggal keramat 14 Januari 2008 kuakhiri pada 25 Mei 2008. Saat kaki melangkah keluar, terasa benar beratnya.

Doa cg sentiasa menemani langkah kalian mencapai impian…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: