Wanita Yang Terbaik
Dari Abi Hurairah ra, Rasulullah saw pernah ditanya: “Siapakah wanita terbaik (solehah)”. Jawabnya: “Ialah wanita yang menggembirakan kamu bila dilihat kepadanya dan sentiasa patuh dan taat bila disuruh, tidak menyalahinya pada dirinya dan hartanya dengan apa yang dibenci” (Hadis Riwayat Nasai dan Baihaqi)
Huraiannya
Dalam hadis ini Rasulullah saw menggambarkan bakal isteri yang solehah itu ialah wanita yang menawan dan pandai menggodanya. Di samping bersikap taat dan patuh kepada arahan suaminya dan tidak akan menyalahinya dengan sebarang kemahuannya (yang tidak bertentangan dengan agama) dalam pergaulan dan perbelanjaan hartanya. Itulah wanita solehah yang harus menjadi pilihan hati kaum lelaki.
Kesimpulannya
Wanita terbaik bakal wanita pilihan itu ialah wanita yang solehah iaitu mereka menarik pandangan suami dan sentiasa taat dan mengikut kehendak suami
p/s: Entri kali ini adalah petikan dari Harian Metro keluaran bila ntah aku pun dah lupa. Hihiii…
seperti mencari berlian di celahan kaca..berlian tak jumpa tgn yg berdarah..sukar memilih wanita solehah krn ia pemberian Allah kpd lelaki yg juga Soleh
makanya… nak dapat yang baik kena jadi baik dulu,kan..
bismillah…
Firman Allah dalam Al-Qur’an
” orang beriman laki2 untuk (jodohnya) orang beriman perempuan (jugha)…”
mudah2an Allah kurniakan sifat baik tuk wanita2 yang ada di familyQ, kelak Allah berikan kita pahala yang tiada tara…
walillaahil hamdu wal minnah.
“”Dunia yang nampaknya cantik, indah dan hebat. Bagi TUHAN tidak ada nilainya sekalipun selah senilai sebelah sayap nyamuk. Oleh karena itu jadikanlah dunia itu, JEMBATAN ke AKHIRAT, Jual dunia untuk Membeli SYURGA”(Abuya At-Tamimi)”