Kutinggalkan Cinta Kerana DIA…

Ini adalah kesinambungan entri bertajuk “Bingkisan dari episod cintaku…”
“Awak yakin tak Allah akan tarik balik hidayah yang Dia kurniakan jika kita cuba menafikan kebenaran yang Dia dah hadirkan dalam hati kita?”, begini aku memberi muqaddimah, cuba mengetuk pintu hatinya untuk menerima apa yang bakal kusampaikan. Jauh di lubuk hati berkali kupanjatkan doa moga Allah permudahkan.
“Dengan keyakinan & hidayah yang Allah kurniakan pada saya, saya ingin menjelaskan kedudukan kita sekarang. Moga iman kita sama-sama dapat menerima kebenaran ini”, kususun ayat selanjutnya dengan sebaik-baik dan selembut-lembut bahasa.
“Saya yakin awak masih ada perasaan sayang seperti dulu walaupun menyatakan kita cuma bersahabat & saya sendiri tak dapat menafikan perasaan itu (kebetulan pada ketika itu kami baru sahaja berdamai setelah konflik dingin tercetus sehingga menyebabkan dia berjauh hati). Kita cuba bina hubungan yang mengikut landasan Islam. Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada SMS berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotori pasangan dengan maksiat. Dalam surah Al-Isra’ ayat 32..Allah menegaskan: ‘dan janganlah kamu mendekati zina, sesunguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk’. Kita cuba mengelak perbuatan zina. Mengelak zina mata & kaki dengan jarang berjumpa, elak zina tangan dengan tidak bersentuhan, elak zina telinga dengan jarang berhubung melalui telefon tetapi kita gagal mengelak zina hati dengan selalu merindui & mengingati antara satu sama lain..”, bicaraku semakin menghampiri isi utama yang ingin kusampaikan. Dan ketika ini, tidak ada lagi keraguan.
“Saya tahu, seperti saya awak juga mengharapkan mahligai kukuh di sana, bukan bahagia sementara di sini. Tapi kita tak mungkin dapat mengecapi bahagia dengan asas yang jelas Allah murkai. Keluarga yang bahagia datang dari Allah tapi kita tak mungkin dapat pertolonganNya jika kita melangkah silap sejak awal. Dalam surah Al-Hijr ayat 39-40, iblis berkata: ‘Ya Tuhan, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka”, saat menuturkan kata-kata inilah teringat waktu-waktu indah menyulam kasih dahulu. Saling menasihati dan bertazkirah, saling mengingatkan solat, saling mengejut solat subuh, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya apalagi niatnya yang sudahpun dicemari & dikotori nafsu syaitan yang terus membuai.
“Rumah tangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan & keterlanjuran akan dihukum Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Sungguh saya tak nak ini yang berlaku pada kita. Andai kata benar awak jodoh saya & saya diciptakan untuk menjadi pendamping sepanjang perjuangan dakwah awak, pasti Allah akan menemukan kita semula dalam keadaan yang jauh lebih baik. Sungguh telah kering pena yang menulis pengaturan hidup kita. Telah tertulis dalam Luh Mahfuz siapa yang akan menjadi pasangan kita”, tanpa berpaling ke belakang, langkah kuteruskan. Hati kukuatkan berbekal satu keyakinan, janji Allah itu pasti. Dan jauh di sana, dia masih terus membatu. Memang kali ini aku mengharapkan dia sebegitu, seperti kebiasaannya lebih banyak berdiam kerana katanya berbicara hanya perlu.
“Dengan kekuatan iman yang Allah hidayahkan tuk menyelimuti hati yang rapuh, saya mohon kita berpisah dalam keadaan yang masing-masing redha & faham untuk kebaikan bersama. Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 216: ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui’. Moga selepas ini kita benar-benar mengecapi nikmat taubat yang tulen & kembali berjalan pada landasan redha Allah”, aku menitipkan kekuatan itu di sebalik lembut bicara kerana kutahu ia sukar baginya, sepertimana jua bagiku.
“Maafkan saya atas apa yang berlaku & membawa hati awak jauh hingga tahap ini… Kita ikhlaskan hati meninggalkan cinta kerana Allah & pasti yang lebih baik menanti di hadapan. Doa saya akan selalu bersama awak. Teruskan perjuangan awak ke jalan Allah dan terima kasih kerana mendidik saya mengenali kehidupan yang lebih muslimah. Dengan lafaz mulia, saya mohon mengundur diri. Assalamualaikum..”, begitu aku menyudahkan semuanya. Seperti mana aku selalu berpesan kepadanya, ‘kalau ditakdirkan kita berpisah kita berpisah secara baik seperti kita mulakan hubungan ini dengan cara yang baik dan pada ketika itu jangan ada benci antara kita’.
Peliknya tiada walau setitis airmata yang menitis saat kututup tirai cerita antara kami. Beberapa hari selepas itu, kuhubungi orang yang paling rapat dengannya juga ‘hakim’ yang paling kugeruni sewaktu berkawan dengannya, ibunya. Sepanjang hampir setahun kami berkawan secara serius, cuma sekali sahaja aku bertemu dengan wanita itu. Sememangnya telah kuniatkan akan menghubungi ibunya selepas meluahkan keputusanku padanya untuk mengakhiri hubungan kami, meminta ampun andai ada perubahan pada si anak yang membuatkan hati si ibu terusik selama dia berkawan denganku. Selama kami berkawan, dia tidak pernah menyatakan akan penerimaan ibunya pada perhubungan kami. Setahuku ibunya agak keberatan, maklum saja keluargaku jauh di seberang Laut China Selatan sana. Paling mengejutkan, beriya wanita yang melahir & membesarkan insan pertama yang bertapak di hati ini membela si anak sepertinya aku meminta kami berpisah kerana ragu dengan cintanya. Kujelaskan pada si ibu, keputusan itu kubuat lantaran terlalu menyayanginya, bukan kerana ada keraguan pada kesetiaannya walaupun saling berjauhan. Dan saat meluahkan keikhlasanku itulah baru kusedar aku bercakap separuh teresak, menahan rasa yang tiba-tiba menyesakkan dada. Setelah itu, barulah dia mengerti dan dia hampir-hampir turut terseret dalam emosiku. Ahh… Hanya wanita memahami isi hati wanita.
“Saya cukup yakin dengan ayat Allah, lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Allah tak pernah mungkir dengan janji-Nya”, begini kutitipkan bicara lewat SMS pada si ibu sebaik mengakhiri perbualan kami. Aku seolah-olah lebih rapat dengannya berbanding emak yang melahirkan kerana aku tidak pernah menyuarakan rasa hati sedalam ini pada emak. Maaf mak, bukan niat untuk meletakkan ibu lain di takhta hati ini kerana singgahsana itu hanya untukmu selamanya.
Kini telah hampir 7 bulan semua itu berlalu. Masih segar… Masih terasa hangatnya… Tiapkali kenangan itu menjengah di jendela sepi, serasa ingin robek empangan tubir mata menahan rasa yang membanjir. Aku juga insan biasa, dicipta punya perasaan. Tapi menyesali tidak sesekali. Moga ada manfaat dari sedikit perkongsian ini buat pembaca…
Kupanjatkan syukur, setinggi tinggi syukur atas kekuatan iman & hidayah yang Kau kurniakan. Didiklah aku, pimpinlah aku dalam menyuburkan rasa kehambaanku padaMu, Ya Rabb…

yes!!! ade poin..huhuhu..bagus2..syukran
‘afwan..alhmdulilLah klu dh makin jelas. suarakn dgn ‘lantang’, tegaskan dlm mbuat kptsn. Klu memilih DIA psti akan dibls dgn yg lebih baik, itu janjiNya..(^_^)
kdg2..airmata menjadi ubat paling mujarab mengubat duka di hati yg lara,tetapi tahukah anda bahawa terdapat beberapa spesis airmata yg menjadi kesukaan tuhan kita…1.airmata yg menangis krn takutkanNYA..2.airmata yg letih berjaga malam krn berjihad diJalanNYA 3……lu pikir le sndiri…assalamualaikum
hoooh..!! baek punyer komen ni..syukran mengingatkan..^_^
sng cmni la..kawin jela…xka sng crita..ni dok berpuisi lagutu..dok bdalih kot nu…
kawin jela……………………………………………………
mmm…
is look like u cant accept my opinion..
bila sy ckp tidak??
nmpk mcm rude sgt ke??..ade sy maki ke??sorila kalu nk wat ayat bnga2 i x pndai.. bcoz my style straigt 2 da point..dats it
kepahitan susah ntuk ditelan..sbb kita sdah biase menerime kemanisan…
n sbb tulah kite sdikit melnting apabile trkene sdikit gigitan….
ala…jgnla mrh sgt..
hehehhe..i juz test da owner of da blog…
wow…
a little bit sensodyne ek..
hahah
uishhh..
dr awl smpaila sekarang assik nk pelece org je..
i noe ure good..
but pelisss la…
bhs itu ada byk style..
shahnon ahmad pn guna bhs kasar dlm shit..
ni kan plak awk yg setaun jagung..
plzz la dont feel dats ur language r good enough
n tlg la jgn mmperendahkan org lain
uishhhh..bhs diee…
dasyat tol…
hheheheh…
nk jadik anak murid ble???
ala..yg lps2 tu jgnla dikenang…:P
aik bile plak sy bg pengiktirafan kt saudari..
perasan..hehehhee
Salam…
Awk, sy baru je 2 hari berpisah dgn dia semata2 kerana Allah.namun, masih tercuit di hati dgn perasaan yg skt tk laluinya.Tapi, sy redha ats segalanya.Dia lbh mengetahui segalaya kn??
kalo awk sudi, blh x saya nk tw apa prasaan awk ketika berpsh dn cmner awk atasi situasi ni.
thanx..wassalam
istighfar lebih baik,,dr pada begituannn…ukhuwah islamiyah harus di jaga..
Salam Kenal