“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu…”
Di sini aku ingin sekali berkongsi hasil dari sedikit pembacaanku mengenai asbab nuzul al-Quran (peristiwa & sebab penurunan ayat al-Quran). Dengan mengekalkan keaslian dari buku asalnya tulisan Imam Jalaluddin As-Sayuthi (terjemahan), begini penulis menjelaskan mengenai surah al-Baqarah ayat 186 yg mafhumnya:
“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul”. (Al-Baqarah: 186)
Ayat ini turun adalah disebabkan pertanyaan seorang Badwi kepada Nabi s.a.w: “Apakah Tuhan itu dekat sehingga kami dapat munajat dan memohon kepada-Nya ataupun Dia jauh sehingga kami harus menyeru-Nya?”.
Nabi s.a.w terdiam sehingga turun ayat ini (surah al-Baqarah: 186) sebagai jawapan kepada pertanyaan tersebut (diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim Ibnu Marduwaih, Abu Syaikh dan selainnya daripada beberapa jalan, daripada Jarir bin Abdul Hamid daripada Abdah as-Sajastani daripada as-Shalt bin Hakim bin Muawiyah bin Jaidah daripada bapanya daripada datuknya).
Menurut riwayat lain pula, ayat ini (surah al-Baqarah: 186) turun sebagai jawapan kepada pertanyaan beberapa orang sahabat kepada Nabi s.a.w: “Di mankah Tuhan kita?” (diriwayatkan oleh Abdul Razak daripada Hasan, tetapi ada sumber-sumber lain yang menguatkannya. Hadis ini mursal).
Selain itu, terdapat riwayat yang mengatakan bahawa ayat ini (surah al-Baqarah: 186) turun berkenaan dengan sabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kalian berkecil hati di dalam berdoa kepada Allah kerana Allah telah berfirman di dalam al-Quran (surah Ghafir: 60) yang berbunyi “Ud’uni astajib lakum” (ertinya: Berdoalah kamu kepada-Ku, pasti Aku akan mangabulkannya). Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Wahai Rasulullah! Apakah Tuhan mendengar doa kita atau bagaimana?”. Sebagai jawapan, turunlah ayat ini (surah al-Baqarah: 186) (diriwayatkan oleh Ibnu Asakir daripada Ali).
Menurut riwayat lain, setelah turun ayat “Waqala rabbukam ud’uni astajib lakum” (ertinya: Dan berkatalah Tuhanmu, “Berdoalah kamu kepada-Ku, pasti aku akan mengabulkannya”) (surah Ghafir: 60), para sahabat tidak mengetahui bilakah waktu yang sesuai untuk berdoa. Maka turunlah ayat ini (diriwayatkan oleh Ibnu Jariri daripada Atha bin Abi Rabah).

Kepada sorg teman yg jauh di bumi Sudan sn, syukran krn menegur ejaan nm Imam Jalaluddin yg sblmnya aku tersilap taip (Imam Jamaluddin)
mohon shared